Seksi Stalker :)

Monday, March 17

takdir redha dan ketentuan Allah

orang kata kita hampir iras.
orang juga kata muka kita bulat.
orang kata kita seperti rapat.
aq tak kisah ape orang kata kerana kita kan saudara, sebaya dan seumur pulak tu. walau di mana kau berada aq percaya kau ingat kami kan. kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kau. aq tahu sejak meningkat dewasa, kita seakan rapat tapi jauh. tidak selalu bersua muka dan bertukar cerita. kerna aq beranggapan kita pasti berjumpa. kerana rumah kau dan aq tidaklah jauh. dan pasti bergelak ketawa bersama ketika raya atau majlis penting keluarga kita. 

mungkin aq yg silap kerana tak guna masa yg ada untuk meluangkan lebih masa dgn kau bila kau dekat dgn aq. dan mungkin aq yg salah kerana berserah dengah hari esok masih ada. aq rindu gelak tawa, idea merepek, cerita kelakar dan semuanya tentang kau. kau seorang unik, cantik, tinggi dan paling penting pandai memasak. tidak lupa juga kearifan kau dalam membuat kek dan kuih. aq rindu. adik kau juga merinduimu. abg, abah dan terutama sekali ibu. sabreena, maafkan salah silap aq wahai suadara, aq doakan semoga roh engkau dicucuri rahmat Allah SWT. amin. insyallah. 

pinta aku cuma sedikit, berhentilah menyebarkan issue tersebut dan hormati arwah. aq x punya apa apa untuk diberi cuma jasa baik kalian yang masih ada memegang belas ihsan aq dahulukan dengan ucapan terima kasih dan moga Allah merahmati kalian jua. amin insyaallah.

2 comments:

Anonymous said...

AL FATIHAH. :-(

Anyz Sophia said...

thank you. pray for her okay :')