Seksi Stalker :)

Monday, March 24

angka sembilan or called as nine.

"Forget your past, forgive yourself, and move on" 

i tried and i know i can do it. but i just dont know when? i am sorry.


orang pasti fikir aq meroyan kisah rumah tangga. tiap tiap hari jua aq update kesedihan. oh tidak, bukan rumah tangga, ini rumah hati kekeluargaan. korang pasti fikir, "saudara pun impak mcm ni ke?"

jawapannya ialah, yes, ya dan aah. aq mcm ni sebab saudara rapat aq dh pergi. aq tahu tidak elok dan manis meratapi. namun, hati aq bukan kau yg jelajah, aq yang simpan, hadap, teroka sendiri. selok belok, jalan ulu hati aq ni, aq asah sendiri biar kuat. tapi, aq manusia, bergelar wanita pulak tu. jatuh berjurai air mata aq dan berhenti di tabir mata. persoalan demi persoalan bermain di minda, cerita demi cerita yang berlegar di akal.

bagaimana raya ini? siapa yang akan menjadi teman aq? adakah aq perlu menyertai yang lain? dapatkah mereka menerima aq? siapa yang nak ambil gambar aq? siapa yg nk buat video sekali dengan aq?


Ya Allah, aq pinta rahmat dariMu untuk kuatkan hati aq ini, dan kau tempatkan lah arwah di golongan yang beriman. amin. insyaallah.

Wednesday, March 19

impak maksima

aq percaya akan qada' dan qadar. aq juga percaya kan ketentuan Allah. itu pasti. aq genggam kuat kuat pegangan itu,

namun.....

jauh di sudut hati kecil aq ini, aq masih terkejut dan inginkan kekuatan untuk percaya apa yang dah terjadi. susah bagai rasa hati aq dirobek begitu kuat sekali. sukar untuk ucap bagai ada emas di mulut. ini bukan aq, itu aq tahu. tapi apa daya. aq manusia. aq bisa mengeluarkan air mata, aq juga bisa berdarah jika terluka. aq juga bisa rasa sedih, sakit hati. dan apa jua kemungkinan. ya Allah. aq mohon kekuatan untuk belayar dalam meredah badai ini. pimpinlah aq Ya Allah. aq sebagai hamba yang lemah ini inginkan rahmat dan ketenangan dariMu Ya Allah. em

Monday, March 17

takdir redha dan ketentuan Allah

orang kata kita hampir iras.
orang juga kata muka kita bulat.
orang kata kita seperti rapat.
aq tak kisah ape orang kata kerana kita kan saudara, sebaya dan seumur pulak tu. walau di mana kau berada aq percaya kau ingat kami kan. kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kau. aq tahu sejak meningkat dewasa, kita seakan rapat tapi jauh. tidak selalu bersua muka dan bertukar cerita. kerna aq beranggapan kita pasti berjumpa. kerana rumah kau dan aq tidaklah jauh. dan pasti bergelak ketawa bersama ketika raya atau majlis penting keluarga kita. 

mungkin aq yg silap kerana tak guna masa yg ada untuk meluangkan lebih masa dgn kau bila kau dekat dgn aq. dan mungkin aq yg salah kerana berserah dengah hari esok masih ada. aq rindu gelak tawa, idea merepek, cerita kelakar dan semuanya tentang kau. kau seorang unik, cantik, tinggi dan paling penting pandai memasak. tidak lupa juga kearifan kau dalam membuat kek dan kuih. aq rindu. adik kau juga merinduimu. abg, abah dan terutama sekali ibu. sabreena, maafkan salah silap aq wahai suadara, aq doakan semoga roh engkau dicucuri rahmat Allah SWT. amin. insyallah. 

pinta aku cuma sedikit, berhentilah menyebarkan issue tersebut dan hormati arwah. aq x punya apa apa untuk diberi cuma jasa baik kalian yang masih ada memegang belas ihsan aq dahulukan dengan ucapan terima kasih dan moga Allah merahmati kalian jua. amin insyaallah.

Friday, March 14

angka satu dan lima

sedang sibuk negara tergempar dengan MH370 dan jerebu, aq juga sibuk menghitung hari penghabisan praktikal. aku pasti yang lain juga begitu. betul tak? tajuk dah jet jet gah semacam la juga perasaan tu. apabila detik penemuan semula bersama rakan yang lain pasti semua berpusu pusu berkongsi pengalaman. aq rasa hampir semua dah merasa alam "Internship" ni. ya, aq pun ada cerita tersendiri dan senyuman terukir. insyaallah.

sahabat, tunggu, kita jumpa bulan 4 ini tau. bye.

Thursday, March 13

lagak

kau berlagak bagus bagai tiada yg lagi hebat dari kekuasaan Allah. kau bercerita tiada segan bagai kau mengawal segalanya. kau menuding jari bagai kau peguam dunia. masyallah. mengapa begini wahai teman? cukuplah. ramai yang jelik kau tahu. mencanang kisah orang di sana sini. memanggil ramai penyorak untuk mengesahkan sandiwara kau. mana perihal kemanusiaan kau. pedoman kau. hati kau.

apa yg kau mahu sebenarnya? 

snobbish

you may have power you may have money you may have the name you have almost everything?
but do you know what did you left out. humanity. stop it. even if i am a glooming flower tries to find a spot in this era you cant just pinch me and said i am not ready. i am ready. i am qualified. i am. but not with a snobbish person like you. 

everything happened has a reason and i trust that. i also believe with the power of Allah. remember, you may lead everything but what if one day i had the chance to discover more and overcome u instead. prepare. i am full with determination and i will make it happen with the bless of Allah. insyaallah.

Tuesday, March 11

MH370

hey kau. yee kau yang suka berbunyi tu. berhentilah. berkatalah dari sumber yang sahih. jangan kau permainkan perasaan mereka yang sedang bersedih. sebak aku melihat engkau berdolah dalih tentang sesuatu yang serious di fikiran semua orang. suka sangat pertikaikan bajet kau lagi hebat. meh campak kasut diorang kat kau tengok. kau boleh hadap ke tak situasi yang diorang alami. be patient la. hentikan spekulasi.

sekarang tugas kita bukan senang tapi jangan dipandang remeh juga. doalah sebaik baiknya dan berharap kan belas ihsan Allah untuk menemukan kita kepada kemunculan MH370. insyallah amin. kepada ahli keluarga, sahabat andai dan kenalan kepada penumpang yang menaiki MH370, kuatlah hadapi ketentuan Allah dan berdoa kepada Allah dengan harapan keajaiban bakal berlaku. insyaallah.

Monday, March 10

tahukah kau?

sedap mulut berbicara itu memang la biasa. tapi kau sedar tak mungkin kata kata kau tu lebih tajam dari bilah pedang. umur dah menjangkau angka matang tapi tak boleh kah engkau jaga tutur kata sikit pintaku. mungkin aku yang agak muda ini terasa. bye.

Friday, March 7

mankind

true story.
a man is for the happiness of a women.
a women resembles man's joyful moment.
round circle rectangle square we complete each other though.

no matter how far we go and been through, with the bless of Allah they can serve the world for a better place.
some may not agree but some will think it is the truth.
there will a time when u extremely excited to tell your loved ones what happened in a day,
there will be a moment when u too eager to meet your loved ones.
and there will be the right memories where held the date of both of u being united.
somehow somewhere, you. yes you. you had thought about that too haa?

definitely, i though about happiness, enjoyment, and many great things that Allah can gives me.
and be thankful of all the blessings from Allah.
yes, thank you Allah. alhamdulilah. 

fuyooooooooooooo

cantik perangai kau buat mcm tu.
hello, kau tu manusia biasa.
aq pun manusia normal.
jangankan sempurna, paling bagus pun aq tak boleh jadi jika Allah tak izinkan.
belajar besederhana.

aku bukan nak pang pung pang kau, tapi sebagai ingatan aq jugak.
aku tak cakap pun aq paling terbaik tapi mak ayah aq ajar, ukur baju di badan sendiri.
haaaa tudiaaaaaa. 

panas sudah sampai hujung

weh apa masalah kau ni.
aq suruh chill kau taknak.
ke kau nak aq smack kau pakai tangan.

aku cakap elok elok dengan kau der.
then yang sampai jadi mcm ni asal?

aq penat la jaga hati orang.
kau buat ikut suka.
beb, hati aq panas aq boleh rilex lagi.
dah tu kau?

kau kawan ke musuh ke ada pedoman kan.
then sedut, amal and jaga adab la.
pffffttttttt. jangan suka carik pasal nanti kau kene hadap.

kau paham kan?
apa tunggu lagi.

Thursday, March 6

aku teroka kau baca

tiap hari tapak kaki berjalan. sama ada ikot arah tuju atau ikot hati. kau masih tertanya apakah mungkin kau dah kecapi segala. jawapannya hanya kau yang tahu. bagi kau, ada segala gadget dan teknologi itu sudah kejayaan. kau tak tahu, orang yang tiada kemewahan kayanya pada pengalaman. tak semestinya pengalaman berharga, kerna bagi yang gayat, apabila berada di puncah menara tamingsari mereka sudah berjaya. berjaya apa? berjaya atasi gayat. jadi kau tak boleh pandang rendah kejayaan orang. 

tapi untuk apa aku sembang pasal jelajah. kerna aku masih meneroka pelbagai ragam manusia dan rencah dunia. lain hari lain gayanya. atas bawah kiri kanan kalau pandang, aku tetap aku. tapi kalau dah sepuluh kali pandang kau cakap aku mcm Che Ta. aku tadah tangan aminkan. insyaallah. aku ada style tersendiri. dan hanya aku yang tahu. ala ala minah kepoh tapi kalau kau nak tahula. siapa sangka minah kepoh ni pasti berjaya? tadaaaaaaaa. 

Wednesday, March 5

kerja

tup tap tup tap.
bukan bunyik tapak kasut bro.
tetapi bunyik papan kekunci aku.

ini rutin ketika bekerjaya.
hari hari coret cerita orang di  luar sana.
hari hari juga gagahkan diri tulis berita ngeri.
tak masuk lagi yang perlu di popularkan.

hebat lu orang, gua tekan satu satu guna keyboard.
bahasa kiasan tidak ada.
hanya maklumat terus ke mata pembaca.

jadi sekarang, siapa nak baca cerita aku?


you

here red.
there yellow.
here green.
there purple.

colour colour everywhere.
lie lie every minute.
fake fake some people.
hurt hurt heart felt.

i choose drama, not any drama.
i am drama queen. yet fabulous one.
and i like purple. thank you.

so,
whats yours?

remember

words change
background change
tones change.

i know, i feel that too.
dont worry.

my blog is still the same.
malay or english
its always diary.


geli hati

aku tahu.
gaya bahasa blog dah ubah.
biasalah.

bahasa ibunda tak ku lupa.
tapi bahasa kegemaran masih di hati.
ehemmm.

mission impossible

aku memang suka senyum.
chill and relax gitu.
kau ape tahu?

toksah pandang mcm aku tak boleh nak peramah.
aku masih punya amal nak galas.
yeee, senyum itu kan sedekah.
peace no war.

misi aku mcm mudah tapi kene menjelajah.
itu hak aku bukan arahan dunia.
tapi iyelah kan, aku memang tak punya hati,

kerna aku pilih manusia yang aku nak kawan.
jangan kau tanya kehendak aku.
sebab perkaranya mudah.

lu respect gua, gua okay dengan lu.
simple kan. settle. bye.

settle?

weh,
aku rasa aku dah settle dengan kau. 
asal kau mcm tak faham nih?

aku rimas tahu.
soalan soalan entah apa apa tu.
mengada betul.

umur kau dah berapa?
yee, aku nak kau jawab soalan mudah tu.

bukan itu sahaja, dalami betul betul.
kerna aku rimas. tahu?


motif kau

senang mulut berbicara.
yang bertindak badan ni.
termasuk akal fikiran. 
tak include lagi mental disorder ke kan?

kau pung pang pung pang tang mulut.
ce suruh kau buat.
boleh ke weh?

Tuesday, March 4

havoc lu ni?

masuk tempat orang bagi salam. 
itu dah memang pedoman kau.

acane pulak masuk blog orang tapi tak jaga adab?

beb, ni memang namanya blog.
tapi dah mcam diari pemilik tu.

dah baca sampai older post sibuk mencanang cerite dia.
eh, langsi nya perangai.

kau jangan nak havoc sangat.
etika tu sedut and hirup puas puas.

biar sahut cabaran budi bahasa budaya kita.
kau paham tak ni? 


tukang masak

engkau ingat tukang masak je perlukan resipi?

kau silap. 
dalam hubungan pun kene ade resipi.
bukan calang calang idea.

asam garam gula blackpaper semua kene ade.
kalau tak mana nak sedap masakan tu, ye tak?

setujukan sahaja lah.
hendak tempuh badai dalam hubungan kene kuat.
kalau tak. rugila bertahan selama bertahun tetapi tewas.

conclusion, jadilah chef yang handal dalam relationship.
bercerai tidak, insyaallah kekal hubungan mengikut hendak-Nya. 

masa

masa akan berdetik ke angka lima.
cepat sungguh masa berirama.

tangan masih laju di papan kekunci.
sibuk memikirkan resepsi hati.

rencah rencah dah sebati.
tinggal nak gubahkan jadi sakti.

wahai empunya hati.
bergegas la siapkan diri.

merepek

pejam celik pejam celik.
pilih buku cerita menarik.

selak selak satu per satu. 
pilih penanda yang ungu.

tak masuk akal.
usir rambut yang ikal.

dah boleh berhenti bermadah kata.
terus straight to the point.

jam 5.30 pulang ke rumah. 

engkau yang lupa


kau ingat aku lupa?
kau ingat aku buat tak nampak?
kau ingat aku buat tak kisah?
kau ingat aku buat tak menahu?

tidak sama sekali.
kerana kau, kau dan kau lah musuh dalam selimut aku.
yee, aku mungkin bilas dan cuci selimut itu,
tapi aku sentiasa ingat apa yang sudah engkorang lakukan.
 kerana aku tak alpa dengan duri duri yang ada di selimut itu.

nak tahu sebab apa?
sebab aku kutip satu per satu sakit tu dan masuk dalam balang masa.
dengan harapan waktu bisa sembuhkan.
alhamdulilah hilang deritanya,
tapi jangan duduk tenang wahai perosak,
kerna aku bukan alpa.
aku ingat.

rajin itu perlu ditanam pada diri

kaki bersilang kalah CEO.
mulut mengunyah tanda cool.
tangan menaip acah acah sibuk.
fikiran melayang jauh ke puncak.
jilat bibir tanda setuju.

sedarkah kau rencana sedang menunggu.
waraskah akal apabila ingin melelapkan mata yang bulat bersinar ini.
diterimakah jika ingin menghirup udara segar di kala musim kemarau ini.

tepuk pipi dan sedar dari khayalan.
iyee, tanggungjawab perlu digalas.
ayuh combat.
mari teruskan perjuangan.

kau fikir kau dah cukup hebat?

weh mulut becok,
aku tak fikir aku cukup bagus lagi.
berhentilah sketsa lapuk kau tu.
penat tahu melihat kau memamah diri dengan berkata itu dan ini tentang diriku.

jadi sekarang aku pula ingin berkata,
kau, yeee kau lah, dah cukup bagus ke mengata orang lain berlagak bagus? 

resipi lunak

orang jauh di sana,
mungkin tidak lebih dua marhala dan kurang dari 90 kilometer,
tapi ini orang jauh, jauh dari diri, dekat di hati.

banyak mana sayang aku?
banyak mana rindu aku?
banyak mana ubah aku?
banyak mana setia aku?
banyak mana kasih aku?

jangan kau bergelumang dengan kemusykilan.
bahagialah dengan aura positif cinta ini.
insyallah ketemu juga. amin.

terbang

detik watak wartawan sambilan hampir tamat.
macam macam aku dapat di kala masa beraksi.
dari serendah ke setinggi perkenalan manusia.
pengalaman berharga kata orang.

kau pula bagaimana?
sibuk melabuh mata di tirai aku mencanang kehebatan diriku.
aku tak kisah, asal kau tahu guna gaya bahasa yang sesuai.
mengerti?

tangan

kau  letak angan angan tinggi melangit. 
tapi kau harap dapat gapai.
boleh ke ?

peduli kata orang. yang menggapai itu kau.
penat lelah kau.
tangan kau.
pandang depan, dabik dada.

paham?